Thursday, December 24, 2009

MUHARRAM - PERISTIWA PENTING

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

KEPERLUAN AKTA HALAL DI MALAYSIA

MALAYSIA melangkah jauh ke depan berbanding negara Islam lain apabila berhasrat mewujudkan satu akta khas berkenaan status halal. Ia khusus untuk semua produk yang dipasarkan kepada umat Islam di dalam dan luar negara.

Peruntukan undang-undang berkenaan akan dimaktubkan dalam Akta Halal yang akan digubal pada tahun depan dan bakal menjadi rujukan utama pemain industri halal negara serta global.

Akta yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama itu, antara lain diharap akan menggiatkan lagi pembangunan industri halal domestik serta membanteras masalah pemalsuan sijil halal yang sejak sekian lama terus berleluasa di pasaran produk makanan, perkhidmatan dan sebagainya.

Kadang-kadang isu halal ini telah menimbulkan kegelisahan dan dilema kepada umat Islam memilih produk atau perkhidmatan yang betul-betul suci serta memenuhi kehendak syariah.

Akta berkenaan itu juga nanti diharap bakal menentukan bentuk tindakan dan langkah yang akan diambil terhadap aktiviti penggunaan "sijil halal" yang palsu dan kecuaian pihak tertentu dalam mematuhi peraturan halal. Ini termasuklah peniruan sijil dan ada juga pihak yang memperolehi sijil halal, tetapi tidak mematuhi sepenuhnya keperluan syariah.

Oleh itu, ia memerlukan satu bentuk penguatkuasaan yang sistematik dan berkesan bagi menangani masalah serius ini.

Maka Akta Halal yang akan digubal itu juga diharap dapat memastikan semua produk makanan dan proses penyediaan serta penyeliaan status halalnya dibuat mengikut syariat Islam.

Ketika ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta Jabatan Peguam Negara sedang menggubal akta itu yang dijangka siap tidak lama lagi.

Akta itu juga dilihat akan melicinkan penguatkuasaan status halal oleh Jakim terhadap premis-premis perniagaan di seluruh negara.

Ketika ini terdapat beberapa peruntukan undang-undang berkaitan dengan Prosedur Pensijilan Halal seperti Akta Perihal Dagangan 1972; Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan "Halal") 1975; Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975; Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan "Halal") 1975 misalnya memberikan takrif berhubung dengan perbahasaan "Halal", "Ditanggung Halal", "Makanan Islam" atau mana-mana perbahasaan yang membawa maksud sedemikian sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Sementara Seksyen 2 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 pula menerangkan maksud "hukum syarak" ialah Undang-Undang Islam dan Mazhab Shafi'e atau undang-undang dalam Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi yang telah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong untuk dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh raja-raja di negeri masing-masing untuk dikuatkuasakan sewajarnya.

Seksyen 3 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 menjelaskan "Halal", "Ditanggung Halal", "Makanan Islam" bererti semua makanan tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang dilarang oleh hukum syarak untuk memakannya atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; atau tidak mengandungi sesuatu yang difikirkan sebagai najis mengikut hukum syarak; dan tidak diselia, diproses atau dikilang dengan menggunakan alat yang tidak bebas dari najis mengikut hukum syarak.

Sehubungan itu, sekiranya pihak-pihak terbabit ingkar dan melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan penalti.

Misalnya, menurut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 42, Bahagian V (Kesalahan Jenayah), jika mana-mana pihak disabitkan di mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Atas landasan ini, berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan Akta Halal yang akan diwujudkan kelak, diharap melahirkan satu mekanisme perundangan yang komprehensif dan mampu memberi impak positif kepada industri halal negara serta dunia.

Inovasi ini akan menjamin hak umat Islam untuk menikmati produk halal lagi berkat agar tidak lagi dibayangi perasaan bimbang dan was-was sepanjang masa.

Tambahan pula, akta berkenaan itu juga dilihat mampu meningkatkan lagi integriti dan imej Malaysia sebagai peneraju dan pemain utama pasaran industri produk halal dunia kelak.

sumber : utusan malaysia

Wednesday, November 4, 2009

BERDIKIR BARAT 15 JAM TANPA HENTI DALAM KERETA API


Kumpulan Kebudayaan Sri Rahmat berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records selepas membuat persembahan dikir dalam kereta api tanpa henti dari Singapura ke Tumpat, baru-baru ini.

TERFIKIRKAH anda untuk menyanyi, bermain alat muzik tradisional serta menari selama 15 jam di dalam kereta api yang sedang bergerak? Mendengarnya sahaja sudah memenatkan.

Namun bagi Kumpulan Kebudayaan Sri Rahmat yang berasal dari Kampung Seterpa, Kelantan, mereka membuktikan pepatah 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' bukan sekadar ayat pemanis mulut.

Tepat jam 10 pagi, 20 Oktober lalu, misi untuk mencipta rekod dikir barat terpanjang di dalam kereta api dari Singapura ke Tumpat, Kelantan menjadi kenyataan setelah 15 jam 10 minit kumpulan yang dianggotai 25 pendikir itu bersengkang mata menjayakannya.

Misi yang bermula hasil ilham Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kumpulan Redland itu nyata bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan apatah lagi dikir barat merupakan cabang seni yang terkenal dengan lontaran idea spontan tanpa penyediaan sebarang skrip atau lirik.

"Sesungguhnya semangat dan disiplin tinggi yang membawa kejayaan kepada kumpulan ini," tegas Setiausaha Pemasaran Homestay Seterpa, Azmahnorani Mat Jusoh yang sering bertindak selaku jurucakap kumpulan tersebut.

Kata-kata beliau ada benarnya. Disiplin kumpulan itu nyata tinggi apabila tidak seorang pun di antara ahli kumpulan menolak apabila giliran mereka tiba untuk meneruskan 'perjuangan' yang memenatkan itu meskipun dikejut dari lena seawal jam 3 pagi.

Dan semangat kental pula terlihat apabila ada di antara pemain-pemain kompang dan alat muzik lain mula mengalami kecederaan di tangan dan lutut akibat terlalu lama memukul dan memangku alat itu.

Luka-luka kecil itu kemudiannya ditampal bukan dengan 'plaster' sebaliknya hanya menggunakan 'masking tape' setebal mungkin bagi membolehkan segala kudrat yang masih ada terus diguna untuk menjayakan misi itu.

Azmahnorani memberitahu, ahli kumpulan tersebut sebenarnya terpaksa bertarung dengan keletihan bagi melaksanakan misi tersebut kerana mereka sebelumnya terlebih dahulu membuat 10 persembahan dalam tiga hari berturut-turut di Kota Singa.

"Selama tiga hari di Singapura, kami membuat empat persembahan pada Jumaat disusuli tiga persembahan pada Sabtu dan Ahad sebelum cuba mencatatkan rekod.

"Apa pun, kami telah bertekad untuk tetap menjalankan misi ini. Kini segalanya selesai dan saya bersyukur atas kejayaan ini," katanya ketika ditemui sebaik turun dari tren no 14 Ekspress Timuran yang membawa pendikir sepanjang perjalanan sejauh 780 kilometer dari Woodlands, Singapura ke Tumpat.

Bagi para pendikir, kepuasan jelas terbayang di wajah mereka sebaik misi tersebut diumumkan berakhir oleh Pengurus Pemasaran Unit Pemasaran Strategik Perkhidmatan Bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Noordin Kimi apabila roda kereta api berhenti bergerak di stesen kereta api Tumpat.

Sebaik misi berakhir, kepuasan itu digambarkan dengan sorakan serta beberapa lompatan kecil sambil diiringi tepukan gemuruh dari kakitangan KTMB, 12 orang wakil media dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Redland, Datuk Ismail Hassan.

Beberapa kilometer sebelum sampai ke stesen penamat, keadaan sudah mula gamat apabila Ismail secara spontan menghulurkan RM1,000 untuk dikongsi bersama ahli kumpulan itu setelah lagu permintaannya berjudul Minyak Diesel dimainkan kumpulan tersebut.

Ismail yang menyertai 'rombongan' berkenaan dari stesen Tanah Merah hingga ke Tumpat nyata bangga dengan kejayaan anak-anak negeri kelahirannya itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang bersejarah.

"Sejarah ini bukan sahaja perlu dibanggakan oleh para pendikir, keluarga mereka serta penduduk kampung tersebut malah turut perlu dibanggakan oleh seluruh rakyat Kelantan kerana kesanggupan mereka berusaha mengangkat martabat seni budaya popular negeri ini," katanya.

Menyingkap perasaan para pendikir, kebanyakan mereka ditemui tidak terlepas dari menyatakan rasa syukur, bangga serta gembira di atas kejayaan menamatkan misi itu.

Apatah lagi, masa yang dicatat sebenarnya terlebih hampir dua jam setelah pada awalnya dijangka cuma mengambil masa empat belas jam.

Bagaimanapun, keletihan bagai tidak terasa buat Mohd. Fairuz Hisma, 26, disebabkan rasa kasih dan cintanya kepada seni budaya Melayu.

Beliau menganggap tugas mengangkat martabat kebudayaan Melayu tidak seharusnya diletakkan di bahu golongan berusia semata-mata tetapi juga perlu didokong oleh golongan muda.

"Kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu terus menghidupkan seni ini. Keluarga saya sendiri menggalakkan saya agar menceburi bidang ini kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengelakkan saya dari terjerumus ke kancah tidak sihat.

"Saya seronok melakukannya. Bergaul dengan orang lebih tua bukan satu masalah malah ia sebenarnya banyak memberi pengetahuan serta pengalaman kepada saya untuk menempuh kehidupan," katanya.

'Orang lama' di dalam kumpulan itu yang juga anggota kumpulan paling tua, Che Awang Che Ali, 61, pula menganggap usia bukan penghalang baginya untuk terus memperjuangkan seni budaya yang menjadi kebanggaan bangsa sejak ratusan tahun dahulu.

Beliau yang terkenal dengan nama panggilan 'Che Awe minyak diesel' (Pencipta lagu MinyakDiesel) turut mengharapkan lebih ramai anak muda menyedari betapa negara ini kaya dengan budaya yang lebih hebat dari budaya barat yang sering diagung-agungkan.

"Tumpukan pada budaya kita. Dalam budaya kita, ada pelbagai mesej disampaikan, bukan hiburan kosong semata-mata.

"Dikir barat contohnya, mendidik permuafakatan di kalangan anggota selain memberi nasihat kepada pendengar.

"Seni budaya kita yang lain seperti bersilat pula mengajar kita menjadi berani dan berdisiplin. Kenapa perlu kita tolak?," katanya meninggalkan soalan yang penulis sendiri sukar menjawabnya.

sumber : utusan malaysia

STATUS BUMIPUTERA SARAWAK TAK BERLANDASKAN 1 MALAYSIA

Beberapa fasal dalam perlembagaan perlu digubal elak tafsiran berbeza

KETIKA memohon untuk program matrikulasi tahun lalu, pelajar berusia 17 tahun yang berasal dari Sri Aman, Sarawak mempunyai keyakinan dan harapan tinggi bahawa permohonannya akan diterima. Tetapi impian pelajar yang bercita-cita menjadi doktor itu berkecai meskipun dia mendapat 9A dan 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Alasan Kementerian Pelajaran menolak permohonan pelajar cemerlang itu kerana dia tidak memenuhi syarat � dia bukan Bumiputera. Walhal ayahnya ialah Iban yang dipertemukan jodoh dengan wanita Cina yang kini menjadi ibu pelajar itu. Kes Marina Udau, pelajar yang dimaksudkan itu, bukan kekecualian.

Perkahwinan campur bukan sesuatu yang asing di Sarawak, terutama antara Iban dengan Cina. Mengikut banci 2006, ada sekitar 682,000 orang Iban berbanding Cina sebanyak 601,000 orang daripada 2.3 juta penduduk Sarawak. Disebabkan ada sekitar 28 suku kaum di negeri ini, kemungkinan untuk berlaku kahwin campur dengan kaum lain adalah sesuatu yang kerap berlaku, lebih-lebih lagi sesudah dekad 1980-an.

Dalam keluarga besar penulis daripada etnik Melanau, ada yang berkahwin dengan kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Bidayuh, Iban dan Cina. Perkahwinan sesama Bumiputera tidak menimbulkan masalah, kerana anak mereka dianggap Bumiputera. Tetapi yang menimbulkan masalah apabila kaum Bumiputera berkahwin dengan bukan Bumiputera. Anak wanita Bumiputera yang berkahwin dengan lelaki Cina, misalnya akan hilang 'kebumiputeraannya'.

Meskipun demikian, Sarawak mempunyai Jawatankuasa Kabinet Negeri yang bermesyuarat dua kali setahun bagi memutuskan permohonan dan mengesahkan taraf Bumiputera seseorang hasil daripada perkahwinan campur.

Perkara (161a) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan siapa Bumiputera atau kaum peribumi di negara ini. Takrifan atau pengkategorian itu sebenarnya berbeza-beza untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Pada amnya, di Semenanjung, anak secara automatik menjadi Bumiputera jika bapanya Bumiputera, manakala di Sabah pula, anak ialah Bumiputera jika ayah atau ibunya Bumiputera.

Mengikut perkara (161a) Perlembagaan Persekutuan, bagi Sarawak, Bumiputera bermaksud 'seorang warga negara dan ia adalah seorang daripada mana-mana suku kaum yang dinyatakan dalam Fasal 7 sebagai kaum asli negeri itu atau ia adalah seorang berketurunan campuran yang berasal hanya daripada kaum-kaum itu.' Hakikatnya, di Sarawak jika ayah ialah Bumiputera, maka anaknya secara automatik dikategorikan sebagai Bumiputera.

Mengikut pengkategorian dalam Perlembagaan Persekutuan, kaum-kaum yang disifatkan sebagai asli bagi Sarawak untuk maksud taraf 'Bumiputera' dalam Fasal (6) ialah Bukitan, Bisaya, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kedayan, Kelabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang, (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sihan, Tagal, Tabun dan Ukit.

Disebabkan fasal berkenaan dalam perlembagaan itu digubal pada awal 1960-an ketika Sarawak sama-sama membentuk Malaysia, fasal terbabit tidak menyebut kaum Iban dan Bidayuh. Sebaliknya, perkataan yang digunakan untuk merujuk kaum Iban ialah Dayak Laut, manakala Dayak Darat pula sebenarnya merujuk kepada kaum Bidayuh.

Kini di Sarawak, Murut tidak lagi digunakan; sebaliknya yang digunakan ialah Lun Bawan. Penulis percaya, sebahagian besar daripada rakyat Malaysia di luar Sarawak tidak pernah pun mendengar sebahagian daripada nama etnik yang disenaraikan itu. Etnik minoriti terbabit tinggal di kawasan hulu atau pedalaman dan jumlah mereka rata-rata adalah kurang daripada 10,000 orang.

Kes yang menimpa Marina mendapat reaksi daripada pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik kerajaan dan pembangkang. Semua pihak hairan bagaimana kejadian yang menimpa Marina boleh berlaku. Kalaupun diketepikan kriteria atau kelayakan kaum, pelajar cemerlang seperti Marina seharusnya mendapat tempat.

Adakah begitu ramai pelajar Bumiputera yang mendapat keputusan secemerlang yang dicapai oleh Marina sehingga beliau tidak terpilih kerana keterbatasan kekosongan? Atau kes yang menimpa Marina adalah kerana pihak Kementerian Pelajaran mentafsirkan maksud Bumiputera mengikut perkara (161a) Perlembagaan Persekutuan untuk anak kelahiran daripada perkahwinan campur?

Jangan sampai pelajar seperti Marina berpendapat bahawa wujud dua kelas Bumiputera di negara ini. Persepsi sedemikian tentu tidak baik untuk masa depan negara ini. Sama seperti kita tidak mahu timbulnya tanggapan bahawa wujud dua kelas rakyat di Malaysia.

Di Negeri Sembilan baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tidak ada rakyat kelas dua atau satu di negara ini, sama seperti tidak terdapatnya rakyat yang terpencil dan sengaja dipinggirkan.

Ibu bapa yang mengamalkan kahwin campur di Sarawak kini risau akan nasib yang bakal menimpa anak mereka kemudian hari. Bagi golongan ini, taraf sebagai Bumiputera penting dalam menentukan sama ada layak atau tidak seseorang apabila membabitkan dasar kerajaan.

Sebagai Bumiputera, mereka mempunyai keistimewaan yang dijamin di bawah Perlembagaan, sama ada dari segi peluang mendapat pekerjaan, biasiswa, membeli tanah Bumiputera, dan sebagainya. Kebimbangan ibu bapa terbabit memang mempunyai asas kukuh. Jika anak mereka bukan Bumiputera, implikasi dan kesan dari segi psikologi, politik dan sosioekonomi amatlah besar dan mendalam.

Anak mereka tidak akan layak untuk memasuki Tingkatan Enam dan universiti awam jika tidak mendapat keputusan cemerlang, peluang mendapat biasiswa tipis, malah mereka tidak layak membeli Amanah Saham Bumiputera.

Menyedari implikasi politik dan sosioekonomi yang mendalam bagi anak hasil daripada perkahwinan campur antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, mungkin langkah perlu diambil untuk meminda fasal tertentu Perlembagaan Persekutuan atau negeri. Tidak harus wujud tiga tafsiran yang berbeza. Justeru, perlu takrif terbabit diselaraskan bagi mengelakkan kekeliruan.

Sejajar dengan gagasan 1Malaysia dan keinginan kita untuk mewujudkan negara bangsa, adakah keterlaluan jika anak daripada perkahwinan campur antara bukan Bumiputera dan Bumiputera secara automatik diberi status Bumiputera?

Dengan cara ini, kita akhirnya akan dapat menyaksikan masyarakat Malaysia yang benar-benar bersatu padu. Perkahwinan campur antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera perlu digalakkan kerana ini antara langkah terbaik ke arah memantapkan perpaduan kaum di negara ini.

Jika kita ikhlas dalam usaha berkenaan, tembok perbezaan tidak harus diwujudkan. Mengapakah kita perlu 'menghukum' nasib anak wanita Bumiputera yang berkahwin dengan lelaki bukan Bumiputera? Bukan tidak ada wanita Bumiputera berkahwin dengan lelaki Cina yang risau akan nasib menimpa anaknya yang bakal hilang status Bumiputera.

Kini pun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkahwin dengan wanita berbangsa Cina dilaporkan risau mengenai nasib dan masa depan anaknya. Soal jodoh atau dengan siapa seseorang akan mendirikan rumah tangga ialah ketentuan Tuhan.

Jangan hanya kerana ada yang risau akan nasib menimpa anak yang bakal lahir, maka mereka mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasrat murni mendirikan rumah tangga hanya kerana lelaki yang bakal menjadi pasangan hidupnya bukan Bumiputera.

Nasib yang menimpa Marina tidak seharusnya berulang pada masa depan. Sebaliknya, pelajar seperti Marina perlu diberi peluang sama seperti pelajar cemerlang lain. Jika tidak, ini boleh dianggap sebagai peminggiran dan diskriminasi terhadap anak miskin dari luar bandar. Peluang yang diberi terhadap pelajar cemerlang seharusnya buta warna kulit, asal usul dan kaum jika benar-benar kita hendak melangkah ke hadapan sebagai negara dan bangsa yang maju.

Penulis ialah pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

sumber : berita harian

Tuesday, November 3, 2009

LINGKARAN GERGASI ZUHAL




Luas gelung terbesar dalam sistem solar mampu tampung 1 bilion bumi

DUNIA astronomi minggu ini dikejutkan dengan penemuan satu lingkaran gergasi planet Zuhal yang keluasannya mampu menampung kira-kira 1 bilion bumi.

Lingkaran gergasi yang dirakam teleskop angkasa milik Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (Nasa), mempunyai ukur lilit kira-kira 36 juta kilometer dan lebarnya pula, 12 juta kilometer.

Ia yang mengandungi debu serta ketulan ais, tidak pernah dilihat sebelum ini dan menjadi satu catatan sejarah tersendiri bidang astronomi selepas penemuan lingkaran pertama Zuhal atau Saturn oleh Galileo Galilei, kira-kira 400 tahun lalu.

Apa yang menarik, penemuan terbaru oleh sepasukan penyelidik Universiti Virginia itu juga yang terbesar pernah ditemui dalam sistem solar atau suria kita.

Digelar ‘Lingkaran bersaiz luar biasa,’ oleh pasukan saintis berkenaan, ia yang merangkumi debu dan partikel, memang cukup besar sehingga boleh meliputi dua bulan penuh di langit jika dapat melihatnya dari Zuhal.



Berbeza dengan lingkaran pertama yang boleh dilihat dengan menggunakan teleskop paling kecil sekalipun, penemuan terbaru cuma boleh kelihatan menerusi lampu infra merah.

Ia kira-kira 10 kali lebih besar berbanding garis pusat Zuhal dan orbit pada jarak lapan juta kilometer dari planet berkenaan. Lingkaran itu kira-kira 2.4 juta kilometer tebal dan 50 kali lebih jauh ke dalam angkasa lepas berbanding lingkaran Zuhal lain sekali gus menjadikannya yang terbesar berbanding lingkaran lain pernah dikaji.

Sehingga kini, lingkaran terbesar dalam sistem solar ialah lingkaran E pada planet Zuhal.

Malangnya, biarpun bersaiz gergasi, lingkaran terbaru itu terlalu pudar untuk dilihat dari bumi.

“Ia sememangnya satu penemuan yang amat menakjubkan dan menarik,” kata saintis astronomi Institut Penyelidikan Southwest di Amerika, John Spencer.

Saintis kelahiran Ireland, Prof Carl Murray, yang juga salah seorang penyelidik utama misi kapal angkasa NASA, Cassini ke Zuhal pada 2004, pula menyifatkan penemuan itu hanya mengiyakan ramalan kertas saintifik kurang dikenali yang dibentangkan 30 tahun lalu.

Prof Murray, salah seorang ketua saintifik dalam misi kapal angkasa NASA, Cassini, yang merakamkan gambar Zuhal dan sistem lingkarannya selama bertahun-tahun, berkata penemuan itu menyelesaikan misteri mengapa salah satu daripada bulan planet itu, Iapetus, gelap di satu sisi dan terang di sisi satu lagi.

“Apabila mendengar mengenainya, saya cuma mengangguk dan berkata ‘ya itu hampir dengan apa yang kita jangkakan’. Bulan yang dinamakan Phoebe ialah sumber material lingkaran.

“Kita berdepan masalah selama 300 tahun apabila hasil pemantauan Cassini menemui Iapetus yang anehnya mempunyai kawasan hemisfera gelap dan cerah” katanya.

Seperti bulan di bumi, Iapetus juga ‘terikat’ dengan Zuhal, menyebabkan bahagian yang berdepan Phoebe akan terkena impak serpihan yang datang daripada bulan berkenaan.

“Kami mempunyai petunjuk mengenai perkara ini daripada kapal angkasa Voyager (yang merakamkan Zuhal dan semua bulannya pada awal tahun 1980-an) tetapi akhirnya menyaksikan dengan imej Cassini yang Iapetus mempunyai beberapa lapisan.

“Teori menyatakan jika Phoebe dilanggar dan serpihannya akan berputar ke arah Zuhal dan bulan pertama akan ditemui ialah Iapetus. Ia semakin jelas sekarang. Kami menjangkakan pasti ada lingkaran. Ia sudah terbukti sekarang,” katanya.

FAKTA: Sistem Solar

  • Merujuk Matahari dan semua objek yang mengorbitnya iaitu planet seperti Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi, Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus, dan Neptun (Neptune), tiga planet kerdil (Pluto, Ceres dan Eris), 170 bulan-bulan yang mengelilingi planet-planet itu dan berbilion objek-objek yang lebih kecil, termasuk asteroid, objek lingkaran Kuiper, komet, meteoroid dan debu angkasa.

    Planet Zuhal
  • Planet keenam dari matahari dan kedua terbesar dalam sistem suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas.
  • Mempunyai 53 bulan
  • Suhunya -191 darjah Celsius - -130 darjah Celsius
  • Mempunyai kira-kira 53 bulan.

  • sumber : berita harian

    BAYI PELIK DI RUSIA


    Lakaran Ayat suci di kaki Ali.

    Badan Ali Yakubov dipenuhi lakaran ayat suci al-Quran

    SEORANG bayi sembilan bulan di pedalaman Kizlyar, Dagestan di selatan Russia, menjadi tumpuan ramai berikutan kemunculan lakaran petikan ayat suci al-Quran pada beberapa bahagian tubuhnya.

    Kemunculan petikan ayat suci al-Quran berwarna merah jambu pada badan Ali Yakubov, bersilih ganti setiap dua kali seminggu iaitu Isnin dan malam Jumaat, yang berlaku seawal kelahirannya tetapi menjadi semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.

    Ia timbul pada beberapa bahagian badan Ali seperti di belakang, kaki, perut dan tangannya sebelum pudar, lenyap dan muncul di bahagian lain.

    Antara maksud lakaran itu termasuk ‘Allah Maha Besar’ dan ‘Allah yang menciptakan semua ini.’

    Kejadian pelik yang turut disiarkan di internet itu bukan hanya mencetuskan tanda tanya ramai sehinggakan ada yang sanggup bertandang ke rumahnya setiap hari, tetapi juga misteri kepada pakar perubatan Russia yang sehingga kini belum dapat merungkai fenomena berkenaan.

    Ali bersama ibunya Madina dan bapa, Shamil.

    Keluarganya dan orang ramai menganggapnya satu keajaiban membuktikan kebesaran Allah SWT, apalagi di wilayah yang sudah lama bergelut dengan konflik berdarah antara pihak berkuasa Russia dan pemisah Islamnya, termasuk kejadian serangan bunuh diri yang mengorbankan ramai.

    Pakar perubatan juga menafikan lakaran itu mampu menjelma sendiri atau ditulis seseorang, ketika pihak lain yang meraguinya menganggapnya satu masalah alahan kulit. Tidak kurang pula yang menuduh ia angkara ibu bapa Ali, Shamil dan Madina yang menggunakan cecair campuran lada dan garam bagi menjadikan Ali ‘bayi ajaib.’

    Apa yang pasti, setakat ini, sekurang-kurangnya 2,000 orang sehari, berpusu-pusu mengunjungi rumah Ali setiap sejak berita kejadian pelik itu tersebar, termasuklah pakar perubatan dan wartawan pertubuhan media asing yang menyaksikan sendiri lakaran ayat suci pada kulit bayi comel berkenaan.

    Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa mengawal rumah Ali bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

    Ali menjadi tumpuan ramai di Dagestan.

    Bagi ibunya, Madina, beliau mempunyai kisah tersendiri di sebalik fenomena yang dialami anak keduanya itu.

    “Ali lahir tidak cukup bulan dan disahkan pula menghidap penyakit jantung serta kulitnya yang terlalu nipis sehingga menampakkan bahagian ususnya. Doktor ketika itu meramalkan dia hanya mampu hidup dua atau tiga hari selepas dilahirkan.

    “Di celah kesedihan dan kebimbangan itu, kami perasan lakaran Allah pada dagunya tetapi menganggapnya satu tanda lahir. Tidak disangka pula, berkat doa kami kepada Allah SWT dan dengan kemunculan ayat suci itu, kami dikejutkan berita Ali pulih daripada semua penyakit itu.

    “Malah, doktor yang merawatnya juga kehairanan bagaimana penyakit yang boleh meragut nyawanya itu, mampu lenyap begitu saja. Buktinya, Ali mampu hidup sehingga ke hari ini,” kata Madina yang dipetik media tempatan dan antarabangsa.

    Menurut Madina, Ali lazimnya mengalami demam panas sebelum dan ketika kemunculan petikan ayat suci berkenaan. Anak kecil itu juga sering menangis selain lebam pada bahagian tertentu badan yang disusuli dengan kemunculan petikan ayat suci.

    Anehnya, biarpun diberi ubat, demam dialami Ali itu tidak kebah dan lazimnya hilang sendiri selepas kemunculan ayat suci berkenaan.

    “Kami menganggapnya satu keajaiban serta peringatan daripada Allah,” kata Madina.

    Pemimpin Kizlyar, Sagid Murtazaliyev, pula menyifatkan kejadian itu satu pesanan Allah SWT kepada penduduk supaya kembali mengamalkan tuntutan agama dan mengingati konflik berdarah di kawasan itu.

    sumber : berita harian

    Monday, November 2, 2009

    PENJAJAHAN AL-AQSA TAK BOLEH DIBIARKAN

    Masyarakat Islam perlu turut serta mengekang pencerobohan Zionis di bumi Palestin

    PELAMPAU Zionis tidak akan berhenti menceroboh Masjid al-Aqsa sehingga cita-cita mereka menguasai, seterusnya merobohkan masjid terletak di tanah suci ketiga umat Islam untuk digantikan dengan kuil Yahudi itu tercapai.

    Pencerobohan pada 27 September lalu bersamaan hari sambutan upacara suci agama Yahudi, Youm Kippor, menggambarkan tekad melaksanakan pelan yang disusun atur bagi membolehkan mereka menjajah al-Aqsa.

    Kejadian terbaru, pihak berkuasa Israel menyerbu masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa kelmarin, menembak gas pemedih mata dan memancut air untuk menyuraikan ratusan rakyat Palestin yang didakwa melempar batu ke arah mereka.

    Pengarah Yayasan al-Quds, Igshaan Hendricks, berkata usaha berterusan sejak 1967 itu sepatutnya menyedarkan umat Islam seluruh dunia bahawa mereka tidak boleh berdiam diri dengan tekanan yang dikenakan pelampau Zionis terhadap rakyat Palestin.

    Katanya, tanggungjawab mempertahankan tanah suci umat Islam itu bukan tanggungjawab rakyat tempatan saja sementara masyarakat dunia hanya melihat apa yang berlaku tanpa usaha tegas untuk menghentikan pencerobohan Masjid al-Aqsa.

    Igshaan Hendricks

    "Sejak bertahun-tahun kita mewarisi masjid itu tiba-tiba ada orang datang mengatakan ia bukan hak kita lagi. Apakah kita akan mendiamkan diri dan berserah begitu saja. Dalam hal ini kita kena faham bahawa kita tidak boleh berlembut dengan orang yang hendak merampas hak kita.

    "Matlamat mereka ialah memusnahkan Masjid al-Aqsa tetapi itu mustahil dan mereka juga tahu. Namun, mereka tidak pernah putus asa bagi mencapai hasrat itu," katanya kepada jemaah Masjid Tengku Kelana Putera, Kelana Jaya, baru-baru ini.

    Beliau yang menyampaikan ceramah bertajuk 'Perancangan Penjajahan: Untuk Membahagi Dua al-Aqsa' berkata, idea untuk menguasai masjid itu juga didorong kejayaan diraih di Masjid Ibrahim yang kini sebahagian kecil dikuasai Yahudi.

    Masjid Nabi Ibrahim terletak di kota al-Khalil (Hebron), Tebing Barat, dibahagikan kepada dua bahagian iaitu di sebelah barat menempatkan makam Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Sarah, manakala di sebelah timur menempatkan makam Nabi Ishak dan isterinya, Lea.

    Lokasi makam Nabi Ibrahim dimiliki Yahudi sementara bahagian makam Nabi Ishak untuk orang Islam bagi menjaga sentimen dua kaum yang mengakui kerasulan Nabi Ibrahim.

    Persetujuan itu menyaksikan bagaimana kawasan kuil Yahudi diperbesarkan dan kawasan Masjid Ibrahim atau kawasan solat orang Islam semakin mengecil. Lebih parah lagi, bilangan tentera rejim Zionis yang mengawal kawasan masjid dan makam itu, semakin bertambah.

    Pada ceramah itu juga Igshaan menunjukkan gambar rajah kedudukan Masjid al-Aqsa dan pergerakan pelampau Zionis yang sentiasa berusaha untuk menceroboh masuk ke masjid itu melalui pintu Burak (lokasi Nabi Muhamad SAW menaiki Burak untuk meneruskan perjalanan Isra' Mikraj).

    Bagaimanapun, sehingga kini mereka tidak berjaya disebabkan kesungguhan rakyat Palestin mempertahankan pintu masuk penting itu.

    Beliau turut mengingatkan jemaah mengenai cubaan pernah dilakukan untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa termasuk tindakan lelaki Yahudi Australia, Michael Dennis Rohan yang membakar masjid itu dan memusnahkan Mimbar Salahuddin al-Ayyubi.

    Pada peristiwa 21 Ogos 1969, pelampau Yahudi itu menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar hangus masjid dan sekali gus memusnahkannya. Api yang marak membakar hampir memusnahkan keseluruhan bangunan Masjid al-Aqsa.

    Kesan pedih pembakaran Masjid al-Aqsa pada 1969 masih terus dirasai dunia Islam sehingga ke saat ini. Pada 27 Januari 1982, sekelompok Yahudi radikal berjaya masuk ke Masjid al-Aqsa untuk membakarnya sekali lagi, namun usaha mereka berjaya dipatahkan.

    Kemudian pada 14 Januari 1989, beberapa orang anggota (Parlimen) Knesset Israel masuk ke Masjid al-Aqsa dengan kawalan ketat pasukan rejim Zionis Israel dan di dalam masjid itu mereka membaca kitab suci agama Yahudi mereka.

    Seterusnya pada September 2000, bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, dengan kawalan tentera rejim Zionis Israel melakukan kunjungan ke Masjid al-Aqsa dan masuk ke dalam masjid itu. Beliau mengatakan lawatan itu adalah hak rakyat Israel melawat sebahagian dari tanah negara mereka. Kunjungan tokoh pengganas Sabra dan Shatila itu menyebabkan tercetusnya Intifada al-Aqsa (kebangkitan rakyat Palestin).

    Kini, masih ada ribuan lagi anggota kelompok pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang tidak mengenal erti putus asa untuk menceroboh seterusnya merobohkan Masjid al-Aqsa bagi meneruskan projek membina kuil Yahudi dikenali sebagai 'Solomon Temple' atau Haikal Sulaiman di dataran Baitulmaqdis itu.

    Justeru, menurut Igshaan, isu pencerobohan Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis adalah kemelut yang menyedihkan apabila 1.5 bilion umat Islam tidak boleh bersatu padu mengalahkan musuh daripada menduduki kota suci itu.

    Katanya, selain menjadi kiblat pertama umat Islam, Masjid al-Aqsa menjadi saksi peristiwa bersejarah Isra' iaitu persinggahan perjalanan Nabi Muhammad dari Makkah sebelum dinaikkan ke ruang angkasa (Mikraj) dan menerima perintah solat wajib lima waktu.

    "Kesucian dan kepentingan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam tidak dapat dipertikaikan. Oleh itu, adakah kita akan membiarkan usaha zalim terus menerus Zionis yang ingin melenyapkan al-Aqsa dari muka bumi ini.

    "Menjadi kewajipan untuk memahami isu ini, menjelaskannya dan mengajak umat Islam turut serta dalam agenda memperjuangkan kesucian al-Aqsa. Ia akan menjadi 'aib' kepada umat Islam jika Zionis dapat menguasai Masjid al-Aqsa," katanya.

    Sementara itu katanya, bagi Zionis, misi mereka akan lengkap apabila dapat mendirikan ibu negara dan kuil, selagi mimpi itu tidak menjadi kenyataan umat Islam terutama rakyat Palestin akan terus berdepan cubaan demi cubaan untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa.

    sumber : berita harian

    PELAJAR AJUK CARA SOLAT JEMAAH DI GEREJA


    ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.

    KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak, merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube.

    Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan 'solat jemaah'.

    Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.

    Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.

    Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian 'shufle' serta berguling. Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid".

    Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine, Betong.

    ANTARA aksi yang dilakukan sekumpulan pelajar yang menghina cara orang Islam menunaikan solat di dalam sebuah gereja di Betong.

    Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan.

    Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama 'Harisha2012' pada 20 Oktober lalu.

    Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.

    Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais.

    "Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.

    Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang.

    "Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya.

    Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak, Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan.

    sumber : berita harian

    Sunday, November 1, 2009

    DERITA TALASEMIA

    Talasemia disebabkan pembentukan sel darah merah terganggu, mudah pecah

    BAYANGKAN kesakitan yang perlu dihadapi ketika melakukan pemindahan darah setiap bulan dan ketika membuang lebihan zat besi melalui suntikan dan pam selama tujuh ke lapan jam setiap hari sepanjang hayat. Itulah kesengsaraan yang perlu dialami pesakit talasemia.

    Di Malaysia, lima peratus atau sejuta rakyat Malaysia dikenal pasti sebagai pembawa gen talasemia pada 2006, manakala dianggarkan pada setiap kelahiran bayi, antara 200 hingga 350 didiagnosis menghidap talasemia.

    Menyedari peningkatan kes talasemia di negara ini, satu kempen ujian pengesanan awal dilancarkan pada 2006 bagi mengesan pembawa talasemia. Kumpulan sasar ujian ini ialah remaja berusia 16 tahun.

    Presiden Persekutuan Pertubuhan Talasemia Malaysia, Ramli Mohd Yunus, berkata pada usia 16 tahun, kebanyakan remaja tiada komitmen untuk peperiksaan utama dan mereka juga tidak serius dalam menjalinkan perhubungan.

    "Apabila kumpulan ini didedahkan dengan talasemia dan komplikasi yang perlu dihadapi jika berkahwin dengan pasangan yang juga pembawa talasemia, mereka sudah mempunyai jawapan sendiri. Ini lebih baik daripada menasihatkan pasangan talasemia yang ingin berkahwin memikirkan kembali perhubungan mereka," katanya.

    Seorang pembawa talasemia tidak digalakkan berkahwin dengan pembawa talasemia kerana ia meningkatkan risiko melahirkan anak yang berdepan dengan talasemia major. Jika mereka masih ingin berkahwin, biasanya pasangan ini dinasihatkan tidak memiliki anak sendiri.

    Ibu bapa yang membawa gen talasemia, anak mereka berdepan 25 peratus kemungkinan mewarisi talasemia, 50 peratus berpotensi menjadi pembawa talasemia tetapi masih memiliki peluang sehingga 25 peratus melahirkan anak yang normal.

    Ramli berkata, walaupun kerajaan melalui Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM29.5 juta untuk kempen dan rawatan talasemia, jumlah itu tidak dapat memadam kesakitan akibat suntikan yang perlu diharungi bayi yang menghidap penyakit ini.

    Walaupun sudah ada ubat bagi membuang lebihan zat besi yang boleh diambil tanpa suntikan dan pam, kosnya sangat tinggi dan ia tidak termasuk dalam skim bantuan kerajaan menangani talasemia.

    Jika pada kadar biasa pesakit talasemia umumnya membelanjakan antara RM700 ke RM800 sebulan untuk proses menyingkirkan lebihan zat besi, ubat oral pula mencecah tiga kali ganda.

    Sejak ujian saringan dilancarkan, penambahan jumlah pesakit lebih ketara. Misalnya pada tahun ini, 4,385 pesakit didaftarkan sebagai pesakit yang bergantung pada transfusi darah berbanding 2,500 saja pada 2004.

    "Pesakit talasemia major bergantung pada proses pemindahan darah yang dilakukan di hospital kerajaan, selain Bank Darah Negara. Oleh kerana banyak lagi jenis penyakit memerlukan pemindahan darah seperti hemofilia, persatuan talasemia negeri juga turut melancarkan tabung menderma darah," katanya.

    Secara saintifiknya, talasemia ialah masalah gangguan pada darah yang diwarisi secara genetik.

    Ia dicirikan dengan pembentukan sel darah merah yang terganggu. Pesakit talasemia berhadapan dengan sel darah merah yang mudah pecah. Ia menyebabkan jumlah sel darah mereka kurang dan paras hemoglobin rendah.

    Hemoglobin ialah bahan dalam darah merah yang membolehkan darah membawa oksigen. Kadar hemoglobin yang rendah dan jumlah sel darah merah yang kurang disebabkan talasemia menyebabkan pesakit kepenatan.

    Pembawa talasemia, tidak berdepan dengan sebarang simptom atau masalah kesihatan. Justeru, tidak menghairankan mereka tidak mengetahui mengenai kehadiran gen talasemia dalam tubuh mereka. Ia hanya boleh dikesan menerusi ujian darah.

    Talasemia terbahagi kepada talasemia alfa dan talasemia beta. Alfa dan beta digunakan bagi merujuk bahagian molekul hemoglobin yang terjejas, sama ada rantaian protein beta atau alfa. Kekurangan dalam rantaian ini menyebabkan sel darah merah terjejas dari segi proses pembentukan, saiz atau bentuknya.

    Secara mudahnya, talasemia alfa terjadi apabila satu atau lebih daripada empat gen yang diperlukan bagi membentuk rantaian hemoglobin itu berbeza atau tiada langsung.

    Talasemia beta pula berlaku apabila satu atau kedua-dua gen yang diperlukan bagi membentuk globulin beta tidak normal atau tiada. Talasemia alfa dan talasemia beta juga terbahagi pada jenis minor dan major.

    Gejala Talasemia

  • Lemah

  • Nafas pendek

  • Wajah yang pucat

  • Jaundis

  • Pembentukan tulang muka yang tidak normal

  • Proses pembesaran yang perlahan

  • Air kencing berwarna gelap

  • Perut buncit

    Komplikasi talasemia

  • Lebihan zat besi - apabila zat besi berlebihan dalam tubuh, ia boleh menyebabkan kerosakan pada jantung, hati dan sistem endokrin termasuk kelenjar hormon.

  • Pesakit talasemia berdepan risiko penyakit berjangkit melalui kekerapan pemindahan darah seperti hepatitis.

    Talasemia serius boleh menyebabkan komplikasi berikut;

  • Pembentukan tulang tidak normal, sekali gus menjejaskan struktur tulang terutama di muka dan tengkorak. Sum sum tulang yang mengembang menyebabkan tulang menipis, meningkatkan risiko patah tulang terutama di tulang belakang.

  • Limpa yang bengkak. Talasemia memusnahkan sel darah merah menyebabkan limpa bekerja keras berbanding biasa dan menyebabkan ia membengkak. Keadaan ini menyebabkan masalah kekurangan darah bertambah teruk. Jika terlalu bengkak, ia perlu dibuang.

  • Pembesaran perlahan disebabkan masalah kurang darah. Kanak-kanak dengan masalah talasemia yang serius tidak membesar seperti kanak-kanak sebaya. Disebabkan masalah endokrin, mereka juga lambat akil baligh.

  • Masalah jantung seperti kegagalan fungsi jantung atau rentak ritma jantung luar biasa (arrhythmias), dikaitkan juga dengan talasemia yang serius.

    Info

    Rawatan:


    Talasemia pada tahap sederhana hingga serius memerlukan pemindahan darah yang kerap. Pada setiap kali pemindahan darah dilakukan, lebihan zat besi terbentuk dan jika tidak disingkirkan boleh menjejaskan jantung, hati dan organ yang lain.

    Menyingkirkan lebihan zat besi memerlukan pesakit menggunakan pam dan jarum khas yang diselit di bawah kulit. Proses ini dilakukan pada sebelah malam. Lebihan zat besi akan keluar melalui air kencing atau peluh.

    Dalam kes yang lebih serius, pemindahan sum sum tulang diperlukan. Bagaimanapun, disebabkan risiko kematian, ia tidak dilakukan melainkan pesakit benar-benar tiada pilihan rawatan yang lain.

    FAKTA

    Jika ibu dan bapa dan bapa adalah pembawa;


  • 25 peratus mendapat anak penghidap talasemia.

  • 50 peratus mendapat anak menjadi pembawa talasemia.

  • 25 peratus mendapat anak normal (sihat).

    Jika hanya seorang (sama ada ibu atau bapa) adalah pembawa;

  • 50 peratus mendapat anak normal.

  • 50 peratus mendapat anak yang menjadi pembawa talasemia.

  • sumber : berita harian

    MUSLIHAT JAHAT ISRAEL KUASAI AL-QUDS


    RAKYAT Palestin dihalang dengan pelbagai cara oleh tentera Israel daripada memasuki Masjid al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat umat Islam.

    PADA perhimpunan ilmiah tokoh agama dan cendekiawan semua agama di Mesir dilontarkan satu isu siapakah antara penganut agama samawi (Yahudi, Kristian dan Islam) layak masuk syurga. Pertanyaan ini ditanya kepada tokoh agama Yahudi, Kristian dan Islam yang berada di atas pentas.

    Tokoh agama Yahudi dan Kristian tidak berani menjawab dan menyerahkan jawapannya kepada ulama Islam yang menjawab dengan mudah bahawa yang layak masuk syurga daripada semua penganut agama ialah Muslim. Kemudian beliau menjelaskan bagi orang Yahudi yang layak masuk syurga ialah siapa saja yang beriman kepada Nabi Musa AS dan bagi orang Kristian yang layak masuk syurga ialah sesiapa saja yang beriman kepada Nabi Isa AS. Tetapi bagi umat Islam yang layak masuk syurga ialah yang beriman kepada Nabi Muhammad SAW dan semua nabi, termasuk Nabi Musa dan Nabi Isa. Firman Allah yang bermaksud: "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-Rasul-Nya." (Surah al-Baqarah: 285)

    Ahad minggu lalu, tentera rejim Israel menceroboh Masjid al-Aqsa dan mencemari kesuciannya. Perkara ini bukan pertama kali dilakukan pengganas itu dan bukan juga yang terakhir kerana selagi ada Israel di sana, selama itu pula Masjid al-Aqsa berada dalam bahaya.


    Kejadian pertama yang menimpa Masjid al-Aqsa dalam sejarah moden ialah pada 21 Ogos 1969. Pada hari itu, seorang lelaki berbangsa Australia, Dennis Michael Rohan membakar Masjid al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbar besarnya yang dibina sejak zaman Nuruddin al-Zinki dan pernah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada zaman pemerintahannya.

    Api berkobar dengan dahsyat seolah-olah seluruh Masjid al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan bomba juga tidak menghulur bantuan. Tetapi Allah SWT menyelamatkan Masjid al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

    Selepas itu orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan yang mendakwa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita daripada Kitab Zakaria. Kemudian Rohan dibebaskan Yahudi dengan alasan gila. Sejak itu, 21 Ogos diangkat sebagai Hari al-Quds sedunia.

    Seorang paderi di Baitulmaqdis, Atallah Hanna yang juga tokoh Kristian Ortodoks Greek, Selasa lalu mendesak semua gereja di dunia membantu membela Masjid al-Aqsa daripada serangan Israel. Paderi itu menyeru seluruh umat Islam dan Kristian bersatu dalam mencegah serangan dan pencemaran terhadap Masjid al-Aqsa.

    Seruan ini datang selepas pasukan khas Israel menyerang Masjid al-Aqsa di wilayah pendudukan Baitulmaqdis Timur dengan menembak peluru dan gas pemedih mata. Zionis juga melarang penduduk Palestin masuk ke kompleks Masjid al-Aqsa untuk melaksanakan ibadat. Masjid al-Aqsa ialah kiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat berlaku peristiwa Israk Mikraj.

    Masjid ini mempunyai pertalian sejarah dengan semua agama sejak zaman Nabi Allah Sulaiman. Malangnya. ia silih berganti dijajah oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi hingga pada zaman Umar abad ke-7, ia dibebaskan daripada belenggu penjajahan.

    Pada awal abad ke-12 Masihi, Masjid al-Aqsa kembali dijajah tentera salib, namun akhirnya dibebaskan oleh Salahudin Al-Ayyubi. Kini sejak 1948, Masjid al-Aqsa sekali lagi dijajah tentera Zionis. Ia masjid ketiga paling suci. Melalui dalil hadis yang sahih, diriwayatkan oleh al-Tabrani menyatakan sesiapa yang bersolat di masjid ini mendapat 500 kali ganda pahala.

    Pada akhir zaman nanti, akan berdirinya ibu negara umat Islam di bumi ini dan kemajuannya akan membawa kepada tanda akhir zaman. Ini berdasarkan hadis Rasulullah diriwayatkan Nu'aim Hammad dalam kitabnya al-Fitan.

    Al-Quds ialah nama lain bagi Baitulmaqdis iaitu kota lama terletak di Palestin dan wilayah Syam. Ia dinamakan al-Quds selepas penaklukan kembali umat Islam terhadap bumi Palestin. Di sebelah timur kota ini terletak Masjid al-Aqsa, manakala di baratnya terletak gereja Nativity di kawasan Khan al-Zeit.

    Kota ini dianggap sebagai kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi kerana ketiga-tiga agama ini mempunyai nilai kudus pada kota berkenaan. Bagi penganut Kristian, berdasarkan akidah mereka di sanalah tempat kelahiran Jesus dan di situ juga juga Jesus disalib dan akan dibangkitkan menjelang kiamat kelak. Yahudi pula mendakwa kota ini adalah janji tuhan Yahweh dan muncul Messiah yang dinantikan.

    Tamat peperangan 1967 yang menyaksikan kemenangan rejim Israel dengan bantuan Amerika Syarikat, tentera Zionis memasuki Masjid al Aqsa dan menawannya. Kejayaan mereka dianggap sebagai mukjizat yang berupa petanda berakhirnya agama Islam. Mereka menyambutnya dengan menari sambil menyanyikan lagu: "Letakkan aprikot ke atas epal, agama Muhammad sudah hancur dan musnah. Muhammad sudah mati, yang tinggal hanya anak perempuan yang lemah."

    Ketika itu juga Zionis mengisytiharkan tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa (Tembok Buraq) sebagai milik mereka. Perlu diingat, penawanan Tembok Buraq bukan bererti penamat dan tindakan terakhir dalam perjuangan mereka menakluki al-Quds tetapi ia permulaan bagi mereka untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan membina semula The Mount Temple atau Haykal Sulayman.

    Isu penaklukan Palestin dan kemusnahan Masjid Al Aqsa semakin parah apabila Eropah dilanda kebangkitan golongan Kristian Protestan yang melakukan penyemakan semula kitab suci mereka. Antara akidah yang disemak semula ialah perihal kedatangan Jesus di Baitulmaqdis menjelang alaf kedua tahun Kristian.

    Melalui penyemakan semula kitab suci itu, mereka mendakwa Jesus hanya muncul dalam suasana seperti ia muncul buat kali pertama di Baitulmaqdis. Beliau tidak akan muncul selepas tegaknya Haykal yang disebut dalam Old Testment.

    Oleh itu, untuk menyambut kemunculan semula kelahiran Jesus, Haykal perlu dibina dan orang Yahudi perlu dikumpulkan semula di Baitulmaqdis untuk disembelih oleh Jesus kerana golongan Yahudi membunuh Jesus.

    Jumaat lalu ialah hari solidariti dengan Masjid al-Aqsa seperti yang diseru tokoh agama Dr Yusuf al-Qardhawi dan ini sekadar catatan semoga bermanfaat. Amin.

    sumber : berita harian

    TEKA-TEKI IMAM AL-GHAZALI

    Apa itu pedoman?

    Kehidupan tanpa pedoman ibarat kapal tanpa nakhoda, kapal terbang tanpa pilot dan sebagainya. Gunakanlah sedikit masa kita yg ada dengan sepenuhnya, sebelum ketibaan maut yg pasti menjelang.

    Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

    Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
    Murid 1 : “Orang tua”
    Murid 2 : “Guru”
    Murid 3 : “Teman”
    Murid 4 : “Kaum kerabat”
    Imam Ghazali : “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
    ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
    ( Surah Ali-Imran :185).

    Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
    Murid 1 : “Negeri Cina”
    Murid 2 : “Bulan”
    Murid 3 : “Matahari”
    Murid 4 : “Bintang-bintang”
    Iman Ghazali “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
    LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

    Iman Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
    Murid 1 : “Gunung”
    Murid 2 : “Matahari”
    Murid 3 : “Bumi”
    Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

    IMAM GHAZALI : “Apa yang paling berat di dunia?”
    Murid 1 : “Baja”
    Murid 2 : “Besi”
    Murid 3 : “Gajah”
    Imam Ghazali : “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

    Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
    Murid 1 : “Kapas”
    Murid 2 : “Angin”
    Murid 3 : “Debu”
    Murid 4 : “Daun-daun”
    Imam Ghazali : “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

    Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? ”
    Murid- Murid dengan serentak menjawab : “Pedang”
    Imam Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

    sumber : www.zaki.com.my

    5WASIAT DARIPADA ALLAH S.W.T KEPADA RASULULLAH S.A.W

    Dari Nabi S.A.W., “Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

    • Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
    • Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
    • Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
    • Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
    • Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
    • Ibrahim bin Adham berkata, “Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya,yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
    • Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
    • Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
    • Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
    • Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
    • Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
    • Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
    • Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.
    sumber : www.zaki.com.my

    ADAB MAKAN CARA ISLAM

    ADAB-ADAB DAN CARA MAKAN YANG BAIK UNTUK KESIHATAN MENURUT PANDANGAN AHLI-AHLI PERUBATAN ISLAM

    • Makan hanya bila terasa lapar.
    • Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
    • Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”
    • Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
    • Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
    • Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
    • Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
    • Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
    • Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.
    sumber : www.zaki.com.my

    Saturday, October 31, 2009

    MERIT MASUK IPTA IKUT GRED BARU

    A+ untuk lepasan SPM 2009, kuota markah asas kekal

    PUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.

    Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan berkenaan selaras pengenalan sistem penggredan baru oleh Kementerian Pelajaran untuk pelajar SPM 2009.


    Bagaimanapun, katanya, kemasukan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan memohon memasuki IPTA tahun depan, penilaian masih gunakan merit sedia ada.

    Beliau berkata, kuota markah asas dikekalkan iaitu 90 peratus bagi akademik dan 10 peratus kokurikulum.

    Beliau berkata, melalui sistem baru itu, pelajar mendapat A dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18 markah, 16 markah dan 14 markah.

    Katanya, gred B+ mendapat merit 12 markah, B (sepuluh), C+ (lapan), C (enam), D (empat), E (dua) dan G dengan merit sifar.

    Kementerian mengambil kira aspek kesetaraan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah yang memohon ke IPTA tahun depan menggunakan kaedah lama iaitu 18 markah bagi gred 1A, 16 (2A), 14 (3B), 12 (4B), 10 (5C), 8 (6C), 6 (7D), 4 (8E) dan 0 (9G).

    Pada sidang media di sini semalam, beliau berkata, perbezaan markah merit bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan 2009 tidak timbul kerana majoriti mereka yang cemerlang pada 2008 kini sudah di IPTA.

    "Sistem gred A+ digunakan kebanyakan negara maju untuk membezakan pelajar benar-benar cemerlang yang turut memberi kesan kepada beberapa aspek termasuk pemberian biasiswa," katanya.

    Dr Radin Umar berkata, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada aliran Sains dan Sastera masing-masing mempunyai lima subjek utama yang berbeza serta tiga mata pelajaran tambahan terbaik dalam pengiraan merit.

    Subjek utama Sains ialah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan satu daripada kumpulan Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Lukisan Kejuruteraan, Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Pengajian Agro Teknologi atau Pengetahuan Sukan.

    Subjek utama aliran Sastera ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan satu daripada kumpulan Pengajian Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pengetahuan Moral.

    sumber : berita harian

    Sunday, October 25, 2009

    SEJARAH QURBAN

    Qurban wajib bagi orang yang mampu atau berkemampuan tapi bila tidak melaksanakan qurban, Nabi Muhammad SAW mengingatkan : "Barang siapa yang sudah mampu dan mempunyai kesanggupan tapi tidak berkorban, maka dia jangan dekat-dekat kemushallahku." Hadis tersebut merupakan sindiran bagi orang-orang yang mampu dan banyak harta tapi tidak mau berqurban.

    Sejarah qurban itu dibagi menjadi tiga, yaitu : zaman Nabi Adam As; zaman Nabi Ibrahim As; dan pada zaman Nabi Muhammad SAW.

    Pertama pada zaman Nabi Adam As. Qurban dilaksanakan oleh putera-puteranya iaitu bernama Qabil dan Habil. Kekayaan yang dimiliki oleh Qabil mewakili kelompok petani, sedang Habil mewakili kelompok penternak. Saat itu sudah mulai ada perintah, siapa yang memiliki harta banyak maka sebahagian hartanya dikeluarkan untuk qurban.

    Sebagai petani si Qabil mengeluarkan qurbannya dari hasil pertaniannya dan sebagai penternak si Habil mengeluarkan haiwan-haiwan peliharaannya untuk qurban, untuk siapa semua itu diqurbankan, padahal waktu itu manusia belum banyak. Diterangkan dalam sejarah, harta yang diqurbankan itu disimpan di suatu tempat yaitu di Padang Arafah yang sekarang menjadi napak tilas bagi para jemaah haji.

    Baik buah-buahan yang diqurbankan si Qabil mahupun haiwan ternakan yang diqurbankan si Habil, dari kedua orang tersebut mempunyai sifat berbeza. Si Habil mengeluarkan haiwan diqurbankan dengan tulus ikhlas. Dipilih haiwan yang gemuk dan sihat, dan dia taat terhadap petunjuk ayahnya Nabi Adam.Berbeza dengan si Qabil, dia memilih buah-buahan yang jelek-jelek dan sudah afkiran.

    Ketika keduanya melaksanakan qurban, ternyata yang habis adalah qurban yang dikeluarkan oleh si Habil sementara buah-buahan yang dikeluarkan si Qabil tetap utuh, tidak berkurang. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Al-Qur’an surat Al-Maidah ayat 27 : "Ceritakan kepada mereka kisah kedua putra Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan qurban, maka diterima dari salah seorang dari meraka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil), Ia berkata : "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil " Sesungguhnya Allah hanya menerima (qurban) dari orang-orang yang bertakwa".

    Qurban si Habil diterima Allah SWT karena dia mengeluarkan sebahagian hartanya yang bagus-bagus dan dikeluarkan dengan tulus dan ikhlas. Sementara si Qabil mengeluarkan sebahagian harta yang jelek-jelek dan terpaksa. Oleh karena qurban tidak diterima Allah. Akhirnya si Qabil menaruh dendam kepada si Habil. Berawal dari perebutan calon isterinya, di mana peraturan waktu itu dengan sistem silang.

    Kedua, pada zaman Nabi Ibrahim As. Dikisahkan dalam Al-Qur'an surat Ash-Shafaat ayat 100-111 yang menceritakan mengenai qurban dan pengorbanan. Ketika Nabi Ibrahim berusia 100 tahun beliau belum juga dikurniakan putera oleh Allah dan baginda selalu berdoa: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang saleh" (Q.S>37:100)

    Kemudian dari isterinya yang kedua yakni Siti Hajar yang dinikahinya ketika Nabi Ibrahim mengadakan silaturahmi ke Mesir (setiap kedatangan pembesar diberi hadiah seorang isteri yang cantik oleh pembesar Mesir).Dari Siti Hajar lahirlah seorang putera yang kemudian diberi nama Ismail, ia lahir di tengah-tengah padang pasir yang disebut. Bahkan kemudian dikenal dengan Makkah.

    Pada saat Nabi Ibrahim diberi petunjuk oleh Allah, agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dengan seorang puteranya yang baru lahir dan baginda disuruh menemui isterinya yang pertamanya yakni Siti Sarah yang berada di Jerussalem kota tempat Masjidil Agsho. Beliau meninggalkan beberapa potong roti dan sebuah guci berisi air untuk Siti Hajar dan Ismail.

    Pada waktu Siti Hajar kehabisan makanan dan air, ia melihat disebelah timur ada air yang ternyata adalah fatamorgana iaitu di Bukit Sofa. Di situ Ismail ditinggalkan dan Siti Hajar naik ke Bukit Marwah serta kembali ke Sofa sampai berulang tujuh kali, tapi tidak juga mendapatkan air sampai kembali ke Bukit Marwah yang terakhir. Ia merasa khuatir terhadap anaknya barangkali Ismail kehausan dilihat kaki Ismail bergerak-gerak di atas tanah dan tiba-tiba keluar air dari dalam tanah. Siti Hajar berlari ke bawah sambil berteriak kegirangan :"zami-zami?" itulah kemudian menjadi sumur Zam-zam. Di situlah Siti Hajar dan Nabi Ismail di padang pasir yang kering kerontang yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim dan ditempat itulah Allah SWT. Menetapkan sebagai tempat ibadah haji.

    Allah SWT, berfirman dalam surat Al-Hajj : 27 : "Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengenderaai unta kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh".

    Memang sudah disiapkan oleh Allah, di sana tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada gunung berapi yang menyebabkan ada sumber kehidupan tapi atas kehendak Allah maka jadilah sumur "Zam-zam"."Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim yang berada di Jerusalem sampai Nabi Ismail menjelang remaja. Kemudian di Jerusalem ternyata Siti Sarah hamil yang melahirkan seorang putera yang diberi nama Ishak. Nabi Ibrahim diperintahkan lagi oleh Allah untuk kembali ke Makkah untuk melihat isteri dan anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail, yang rupanya sudah mulai besar. Dalam suatu riwayat kira-kira berusia 6-7 tahun. Sejak dilahirkan sampai besar itu Nabi Ismail menjadi kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash Shaffaat : 102 : "Maka tatkala sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata : Hai anakku aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pemdapatmu " Ia menjawab: "hai bapaku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

    Asbabun Nuzul atau latar belakang sejarahnya ketika nabi Ibrahim bermimpi (ruyal Haq). Dalam impiannya ia mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail dan sampai di Mina beliau menginap, beliau mimpi yang sama. Demikian juga ketika di Arafah malamnya di Mina, masih bermimpi yang sama juga. Betapa ujian Berat kepada Nabi Ibrahim as. Supaya menyembelih putera kesayangannya. Itulah yang dijelaskan dalam surat Ash-Shaffaat ayat 102.

    Setelah terjadi dialog dengan puteranya. Ibrahim mengajak puteranya Nabi Ismail, kira-kira antara ratusan meter dari tempat tinggalnya (Mina), baru lebih kurang 70-80 meter berjalan, syaitan menggoda isterinya Siti Hajar: "Ya Hajar! Apakah benar suamimu yang membawa parang akan menyembelih anakmu Ismail yang sedang tumbuh dan menggemaskan itu?". Akhirnya Siti Hajar, sambil berteriak-teriak: "Ya Ibrahim, ya Ibrahim mahu dibawa ke mana anakku?" Tapi Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah SWT, di tempat itulah di mana pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah bagi jemaah haji disuruh melempar batu dengan membaca : Bismillahi Allahu Akbar. Hal tersebut mengandung erti bahwa kita melempar syaitan atau sifat-sifat syaitan yang ada di dalam diri kita. Akhirnya tibalah mereka di Jabal Qurban kira-kira 200 meter dari tempat tinggal Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, sebagaimana difirmankan oleh Allah di dalam surat ash-Shaffaat ayat 103-107: "Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis (nya), (nyatalah kesabaran keduanya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik". Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar ".

    Dan yang ketiga, dalam Zaman Nabi Muhammad SAW. Masalah qurban diceritakan kembali iaitu di dalam surat Al-Kautsar ayat 1-3 "Se-sungguhnya Kami telah memberikan kepadanya nikmat yang banyak, Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan Berqurbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus".

    Berbicara tentang kenikmatan, Allah mengingatkan: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah dapat kamu mengitungnya" (QS:Ibrahim: 34). Oleh karena itu berkaitan dengan ibadah qurban yang sudah ada sejak Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad S.A.W. Allah berfirman: "Dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah", Solat merupakan hubungan vertikal dengan Allah untuk mensyukuri nikmat Allah. Hubungan antara sesama manusia secara horisontal diwujudkan bahwa setelah solat Aidiladha yaitu dengan berqurban memotong haiwan ternakan berupa kambing atau sapi untuk dibagikan kepada fakir miskin.

    Kita biasanya serius ketika beribadah langsung dengan Allah tapi kadang-kadang ibadah sesama manusia seringkali kurang serius. Allah SWT mengingatkan dalam surat Al-Ma'un ayat 1-7 : "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya dan enggan (menolong dengan ) barang berguna".

    Qurban ini merupakan masalah ubudiyah yang bersifat sosial yang berhubungan dengan sesama manusia dengan cara mengorbankan sebagian harta.

    Maka qurban secara lughatan bahasa dengan berdasarkan pada surat Al-Maidah ayat 27 "Qurban" berarti mendekatkan diri kepada Allah SWT, untuk mendapatkan ridho serta mensyukuri nikmat yang diberikan Allah SWT (surat Al-Kaustar) dengan memotong haiwan qurban, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Memotong haiwan qurban; unta, sapi, kerbau, dan kambing, dengan tujuan taqwa kepada Allah. Ditegaskan dalam surat Al-Hajj : 37 : "daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridlaan) Allah tapi ketaqwaan dari pada kamulah yang dapat mencapainya".

    Waktu berqurban dimulai sejak tanggal 10 sampai dengan 13 Dzulhijjah. Masa memotong qurban pada tanggal 10 disebut "Yaumul nahar"yaitu hari untuk menyembelih qurban. Sedangkan tanggal 11, 12, 13 dinamakan "yaumul tsyriq" Di luar waktu tersebut bila kita menyembelih haiwan dinamakan sedekah. Maka kalau niatnya berqurban harus dilakukan pada waktu-waktu tersebut, yakni pada tanggal 10,11,12, dan 13 Dzulhijjah.

    Hukumnya berqurban ada dua pendapat: Petama, wajib bagi orang yag mampu (kalau dibelikan kambing tidak akan mengurangi kewajiban memberi nafkah kepada keluarga). Menurut Mazhab di luar Syarii hukumnya sunnah mu’akad. Adapun diwajibkan secara mutlak yaitu qurban yang disebut Nazar yang seseorang yang sudah meniatkan untuk memotong haiwan apabila niatnya terkabul.

    Dasar kewajiban ibadah qurban juga berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: "Barang siapa mempunyai kesanggupan dan kemampuan (untuk berqurban) tapi tidak berqurban maka janganlah dia mendekati Musholla kami".

    Hadis ini merupakan suatu kritikan yang seolah-olah Nabi Muhammad SAW berkata: "Kenapa kamu beribadah kepada Allah begitu tekun, tapi kenapa kamu tidak mahu berqurban padahal kamu memiliki harta yang berlebihan". Oleh karena itulah bagi yang mampu hukumnya wajib untuk berqurban yakinlah bahwa apabila kita berqurban tidak akan mengurangi kekayaan kita dan tidak akan membuat kita menjadi miskin.

    Adapun binatang yang boleh untuk berqurban adalah unta, sapi, kerbau, dan kambing. Kalau tidak mampu, memang tidak wajib. Diriwayatkan ada seorang sahabat yang miskin yang tidak sanggup membeli seekor kambing, oleh kerana itu dibolehkan hanya membeli dagingnya saja untuk berqurban, tapi yang sebetulnya berqurban wujudnya memang seekor binatang sebagaimana tersebut diatas.

    Daging qurban boleh dibagikan kepada tiga bahagian menurut syariat. Boleh dimakan sekeluarga sendiri paling banyak 1/3 bahagian, 1/3 bahagian lagi untuk fakir miskin dan 1/3 bahagian lagi untuk rakan dan kenalan. Boleh juga secara keseluruhan diserahkan kepada panitia dan terserah panitia yang membagikannya. Bila hanya minta pahanya saja bagi berqurban masih diperbolehkan asal bukan qurban nadzar.

    Apa hikmah ibadah kurban? Hikmahnya antara lain menggembirakan fakir-miskin. Sebab tidak semua orang mampu makan dengan daging walau adanya di kota besar, masih banyak kawan kita, saudara kita, tetangga kita yang makan daging sebulan sekali. Sehari-harinya hanya makan alakadarnya. Maka dianjurkan sekali bagi orang yang mampu untuk berqurban dengan niat ikhlas kelak di kemudian hari akan menghantarkan kita menuju surga iaitu binatang yang telah kita qurbankan, yang merupakan wujud amal salehnya.

    Dalam hadis yang lain nabi Muhammad SAW bersabda : "Tiap-tiap rambut yang diqurbankan adalah merupakan "Khair". Ungkapan "Khair" ini mengandungi erti keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan, kemurahan Allah dan kalau orang sudah mendapatkan khairat maka berarti dia telah memperoleh segala-galanya dari Allah. Itulah hikmah daripada ibadah qurban. Wallaahu 'alam bish-showab

    sumber : an-nur

    SEJARAH HAJI

    Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita, Muhammad S.A.W. sebagai memperbaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang masyhur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :

    " Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk".

    Pada tahun tersebut Rasulullah S.A.W. bersama-sama lebih kurang 1500 orang telah berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardhu haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana telah dihalang oleh kaum Quraisy sehinggalah mewujudkan satu perjanjian yang dinamakan perjanjian Hudaibiah.

    Perjanjian itu membuka jalan bagi perkembangan Islam di mana pada tahun berikutnya ( Tahun ke-7 Hijrah ), Rasulullah telah mengerjakan Umrah bersama-sama 2000 orang umat Islam. Pada tahun ke-9 Hijrah barulah ibadat Haji dapat dikerjakan di mana Rasulullah S.A.W. mengarahkan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq mengetuai 300 orang umat Islam mengerjakan haji.

    RASULLULLAH S.A.W MENUNAIKAN HAJI

    Nabi kita Muhammad S.A.W telah menunaikan fardhu haji sekali sahaja semasa hayatnya. Haji itu dinamakan "Hijjatul Wada'/ Hijjatul Balagh/ Hijjatul Islam atau Hijjatuttamam Wal Kamal kerana selepas haji itu tidak berapa lama kemudian baginda pun wafat. Baginda telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya seramai lebih 90,000 orang Islam.

    Baginda telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan baginda sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Baginda berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.

    Kemudian ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat. Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

    PERISTIWA SEMASA HIJJATUL WADA'

    Di masa wukuf terdapat beberapa peristiwa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam telah berlaku, di antara ialah seperti berikut :

    1. Rasulullah S.A.W minum susu di atas unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau tidak sunat berpuasa pada hari wukuf.
    2. Seorang Sahabat jatuh dari binatang tunganggannya lalu mati, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya mayat itu dikafankan dengan 2 kain ihram dan tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad dan kafannya. Sabda Baginda pada ketika itu bahawa " Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram dan bertalbiah".
    3. Rasulullah S.A.W. menjawab soalan seorang ahli Najdi yang bertanyakan " Apakah itu Haji ?". Sabdanya yang bermaksud " Haji itu berhenti di Arafah". Siapa tiba di Arafah sebelum naik fajar 10 Zulhijjah maka ia telah melaksanakan haji.
    4. Turunnya ayat suci Al-Quranul Karim surah Al-Maidah yang bermaksud :

    " Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku ke atas kamu dan aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk kami"

    Daripada sejarah dan peristiwa ringkas itu cubalah kita teliti betapa Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan haji dengan pengorbanan Baginda bersama sahabat-sahabat yang berjalan dari Madinah Al-Munawwarah ke Makkah Al-Mukarramah selama 9 hari berbanding pada hari ini kita menaiki kapal terbang yang boleh sampai ke Tanah Suci kurang daripada 9 jam. Ini perkara yang perlu direnungkan apabila kita menghadapi sebarang kesusahan di tanah Suci kelak.

    sumber : www.al-azim.com