Artikel Asal Dari MistikFiles..
Beribu-ribu tahun  dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang  makmur.Kota-kota  yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu  kawasan,terdapat  kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur  besi.
Zaman  berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi  peperangan.Hasad  dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi  tabir.Jatuh dan  bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur   semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang   saudara...kedatangan bangsa Eropah yang   tamak....dijajah...dijajah...dijajah...
Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.
Anak-anak  Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat  mereka?Hulubalang  Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus  keris.Selak lagi..apa  dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas  gajah,dengan  askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan  tombak dan  keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang  pisang.Gambar askar  Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah  beratap rumbia musnah  dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor  British bercekak pinggang  dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh  di satu sudut.
Selak  lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan  yang  berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang  berpendidikan.Membosankan.
Dalam  artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti   sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di   pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa   antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan   menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika   penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah begitu?
'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu
Ketika  saya masih kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun  80-an  berlatar belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau  tak  silap saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem  itu.Keistimewaan  filem ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu  dahulukala berperang  menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah  Melayunya 'Lela Rentaka'.
Meriam-meriam  ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa  ke sana  sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas  membawa  meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada  adegan  tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu  'real'  dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di  sawah  padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem  ini  begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain  yang  juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang  membosankan  dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan   lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik   dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan   menimbulkan misteri kepada saya.
Semakin dewasa dan  kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di  perpustakaan semasa  melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya  semakin  tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya  orang-orang Melayu  dahulukala?Mengapa apabila saya membaca  catatan-catatan para  conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan  duta-duta asing,menyebutkan  saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan  orang-orang Melayu sebelum  era penjajahan?Mengapa apabila membaca  buku-buku sejarah di  sini,nadanya berlainan?Mengapa catatan pengembara  Perancis berlainan  sekali dengan catatan Stamford Raffles dan  Leyden?Mengapa pandangan  para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan  Pires berlainan dengan  pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila  orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah  Patani,mereka  menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan  pistol dan  senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan  filem-filem mereka  yang menceritakan peperangan menentang tentera  Burma.Mereka betul dari  segi sejarah.
Mengapa saya kata begitu?Kerana apabila  teknologi meriam semakin maju  pada abad ke-14,seluruh dunia  berlumba-lumba mendapatkan teknologi  ini.Kerajaan-kerajaan  Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan  Turki  uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak   ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah   merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi ADAKAH  SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA  DI TIMUR  MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal  raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain  dengan  pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu   Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.
Adakah  para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat  untuk  menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan  ubat  bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah  menakluk  sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan  tentera  Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun  kerajaan yang  boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN  TENTERA  PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN  JAWA,ASKAR-ASKAR  UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT  DAN PENGKHIANAT  DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU  SENDIRI. 
Hanya  filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan   pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh   di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
Apabila  orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan  pendekar  Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar  Melayu  memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi  untuk  mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana   mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang   diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:
Pemuras  adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang  Melayu  dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan   orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris   terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol  Said  dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang  Melayu  Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu   menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss   adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber   pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk   kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah   hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat  dan selalu digunakan oleh  pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon  ini berasal dari penggunaan  Pemuras yang telah dimajukan  bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti  pistol.
 
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon  atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah   senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan  pertahanan.  Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah  agak popular  berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih  kerap  digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar  atau Flintlock Musket.Mengapa?
 
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss  ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana   ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu   mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak   dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang  dari 60 cm (dua kaki),  pada ketika laras senapang lantak biasanya  melebihi 90 cm (tiga kaki)  panjang.Satu sumber menggambarkan senjata  dari awal hingga pertengahan  abad ke-17, menyenaraikan panjang laras  Terakul kancing roda (wheel  lock) sekitar 28 cm (sebelas inci),  berbanding 41 cm (enam belas inci)  panjang bagi Pemuras.
Dalam  budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah   sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah   alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei   dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah  bekas  menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras  sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada  juga  Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak   serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras   adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah   digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika Soviet  meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit  syililing  mereka,Mozambique meletakkannya di bendera  mereka,bayangkan,kerajaan  Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Terakol  atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan  pelaut,pedagang  dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan  teknologi 'wheel  lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini  membolehkan ia  membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan  'fius'.Terakol  berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk  dari Pemuras  yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan  Rajah,Datu dan  Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar  Brunei menentang  Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan  Melaka.Dalam Perang Naning juga  senjata ini digunakan.Sekitar tahun  1530,Terakol telah menjadi maju  dengan penggunaan teknologi flintlock  (kancing batu api) dan sejak itu  ia lebih dikenali sebagai pistol di  Barat.
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket)  pada awalnya ialah sejenis  senjata api jenis berat dengan penggunaan  fius atau wheel lock.Kemudian  ia menjadi sejenis senapang yang  menggunakan teknologi flintlock  (kancing batu api).Penggunaan flintlock  ini meningkatkan kadar tembakan  dan mengurangkan kos pembuatan senjata  api.Mula diperkenalkan pada 1630  sebagai flintlock musket,istinggar  dengan pantas menggantikan  teknologi picu senjata api lebih  awal,seperti mekanisme kancing sumbu  (matchlock) dan kancing roda  (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam  hikayat-hikayat lama seperti  Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan  juga Hikayat Megat Terawis. Dalam  Hikayat Megat Terawis, dikatakan  bahawa Megat telah berjaya membunuh  seorang hulubalang yang kebal dan  hebat bernama Tun Saban.Tun Saban  dikatakan sebagai seorang yang tidak  lut kepada segala jenis senjata  kecuali istinggar yang dibuat khas  pelurunya.Istinggar yang digunakan  untuk membunuh Tun Saban dikatakan  adalah hadiah daripada ulama dari  Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar  inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka  oleh  tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera   Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar   juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang   membina loji-loji di Sungai Perak.
Rentaka,adalah  sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam  biasa.Dalam  Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan  Rentaka).Rentaka  adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri  yang  menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan  Lantakas.Ini  adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding  dengan  keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia  Barat.Rentaka  inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya  rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran  diantara  50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1  meter  kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai  ekor  Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti  ekor  Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah   Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or   swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa,   rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik   seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut   diukirkan corak pucuk rebung.
Apa  yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam  mudah  alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang  membolehkan  ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh  dipikul dan  dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal  ini amat  berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat  berat dan  tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga  menyebabkan  bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan  Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan  sebagai  pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan  rentaka  sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan  ketika  mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan  amat  takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak  senjata,  rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan   kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro,   Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan   penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu.   kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia   sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di   Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang   terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan  senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan  kekaguman  para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda  sehinggakan  mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi  melengkapkan  persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan  penghasilan rentaka  di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara  yang mengeluarkan  rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
*Meriam  Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian  Pertahanan  Thailand Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan  dalam  sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota  Melaka.Meriam  digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di  Selangor.Meriam  digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora  melawan Thai dan  Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim  dengan seni peperangan  Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal  mengeluarkan Rentaka (meriam mudah  alih) terbaik,maka Patani pula  adalah pengeluar meriam paling terbaik di  Asia Tenggara suatu ketika  dahulu.
Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi  artileri atau bedilan  ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian  meriam diperkenalkan  oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan  pembuat meriam yang  menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian  pedagang Belanda pula  memperkenalkannya.
Meriam yang  paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri  Nagara,Seri Patani  dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani  ini adalah meriam  yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang  lain yang membuat  dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam  ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas  berikutan khabar  angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan  Melayu Pattani  pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah  menugaskan seorang  lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To  Khiam) untuk mengetuai  pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah  meriam telah dibina iaitu  Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri  Patani dan Sri Nagara  mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula  lebih kecil iaitu hanya  sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini  telah berjaya menyekat  empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu  pada tahun 1603, 1632,  1634 dan 1638.
Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767,  kerajaan Patani di bawah  pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah  cuba untuk membebaskan  diri daripada ancaman Thai (yang telah  mengalahkan kerajaan Ayutthaya).  Bagaimanapun, pada 1785 pasukan  tentera Thai di bawah kepimpinanan  Panglima Phraya Kalahum telah  berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam  besar iaitu Sri Patani dan  Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan  perang, bagaimanapun Sri  Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala  Patani semasa hendak  dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula  telah hilang tanpa  dapat dikesan.
Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan  pembinaan meriam yang sama saiz  dengan Sri Patani yang dinamakan  sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan  bergandingan dengan Seri Patani  yang telah di tawan. Jika anda melihat  kepada gambar meriam seri Patani  di atas, bolehkah anda bayangkan  kekuatan meriam tersebut ketika ia  membedil kapal-kapal perang Thai.  Menurut Hikayat Patani tiga buah  meriam kerajaan Pattani ini telah  berjaya mengaramkan banyak kapal Thai  ketika Kerajaan Thai menyerang  Pattani.Anda boleh membayangkan suasana  meriam-meriam ini digunakan dan  peperangan tersebut dengan menonton  filem Queen of Langkasuka.
Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah  mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita   ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan   sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan   senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di   Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab   orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu   mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal   tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek   moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang   dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang   kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari   ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine   Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga   'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu   mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers   (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba   meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri   Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan   takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka   sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja   Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun   yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan   membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan   Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi   'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar   warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan   dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja  orang  Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta   raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti   juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita   sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu   mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita   sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi   hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan   agama kita sendiri??Orang asing??
Sebagai  kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang  Melayu  adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan  tombak  sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang  Melayu  juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
*Contoh  Terakol digunakan ketika menyerang.Terakol juga terkenal kerana   buatannya yang berseni dan berukiran halus. Sehingga ke hari ini saya  masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang  Melayu meledakkan Rentakanya  di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang  hulubalang mengandar batang  Rentaka yang diikat pada sebatang kayu  sambil meniti batas-batas sawah  meninggalkan misteri yang aneh kepada  saya.Kenapa drama dan filem lain  tidak seperti filem yang satu ini?Siapa  pengarah filem ini?Sungguh,saya  betul-betul tabik pada pembuat filem  itu,malangnya saya terlupa tajuk  filem itu.
Jadi fikirkan,adakah Inggeris dan Belanda  takutkan orang-orang Nusantara  yang menentang mereka menggunakan  sumpit,lembing dan keris  (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal  realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners  Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris   berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan   seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti   Amerika dan Australia.
Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.
Dalam  legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu  kebal,antara  pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru  emas.Dan ini  adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas  untuk  menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah  Mat  Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia   ini.Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan   perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil   memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan   matchlock musket,blunderbuss dan cannon?
Bibliografi:
Melayu  Nusantara Sejarah Kesultanan Brunei Sulalatus Salatin Surat-surat  Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus Dan kajian persendirian  yang lain.
sumber : facebook.com - Rizie Ahmad