Friday, October 22, 2010

BACE JANGAN TAK BACE

Assalamualaikum...

Wahai sahabat² seagama denganku…

Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....

3 Minit je, tak lama pun..


Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....


Macam mana?..

adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa?

gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

Wallahualam…

sumber : /www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000545628571

Wednesday, October 20, 2010

AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK AKAN MASUK NERAKA APABILA HARI HUJAN?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di masjid.Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.Saya tidak pernah hadir sebelum ini.Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Perempuan tua itu menyambung lagi, "Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.

Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.Budak itu tersenyum.

Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.Saya tak perlukannya lagi.Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana“malaikat kecil” itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Inilah satu peristiwa..

sumber : www.facebook.com/classicberbisik

20 CARA MENJADIKAN ROOMMATE ANDA GILA

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

sumber : www.facebook.com/onecoconut

Saturday, May 29, 2010

BILA AL-QURAN MULA BERBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak..
Kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', saya kau sentuh
Dalam keadaan suci. saya kau pegang

Saya,kau junjung dan kau pelajari
Saya engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah saya bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin saya bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu saya hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang. saya tersimpan rapi sekali;
Sehingga engkau lupa di mana saya tersimpan
Saya sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadangkala saya dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau saya kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini saya lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam bersendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci. saya engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang. saya kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan saya yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surahku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada saya untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
Emel temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Saya semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolongmu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggumu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika saya engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
saya akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah saya kembali.. .. bacalah saya kembali saya setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui rasulmu
Keluarkanlah segera saya dari almari, lacimu.......
Letakkan saya selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah saya kembali...

Baca dan pelajari lagi saya....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan saya engkau biarkan saya sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanfaat.

Sunday, May 2, 2010

UiTM AMBIL PELAJAR GAGAL MATRIKULASI

SHAH ALAM 29 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersedia mengambil pelajar-pelajar yang gagal semasa matrikulasi bagi mengikuti program diploma di universiti berkenaan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, pelajar-pelajar berkenaan boleh menggunakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti program tersebut.

Menurut beliau, UiTM akan memperuntukkan 6,000 tempat setiap semester bagi memberi peluang kedua kepada golongan berkenaan termasuklah juga Program Destini Anak Desa.

"Usaha UiTM ini adalah untuk menyelamatkan pelajar-pelajar Melayu pintar yang tercicir dalam matrikulasi selain memberi mereka satu lagi peluang bagi menyambung pelajaran.

"Ini bukan bermakna UiTM mengambil pelajar yang gagal tetapi kesemua pelajar yang diterima masuk ke matrikulasi sebenarnya adalah pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam SPM.

"Ini juga langkah prihatin pihak UiTM bagi memastikan pelajar-pelajar Melayu tidak terus tercicir apabila gagal di matrikulasi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mencadangkan agar pengambilan matrikulasi dikurangkan dan hanya mengambil pelajar-pelajar yang berpotensi dan betul-betul layak sahaja.

Selain itu, katanya, pihak matrikulasi sepatutnya memastikan pelajar yang tidak lulus mempunyai alternatif lain bagi menyambung pelajarannya.

Sahol Hamid menjelaskan, sekiranya pelajar di matrikulasi tercicir ia membawa kerugian yang besar dengan membazirkan masa hampir dua tahun.

Oleh itu, katanya, lebih baik para pelajar mengikuti program diploma selepas SPM kerana ia lebih mantap dan lebih mendalam selain program tersebut memberi peluang lebih cerah kepada pelajar melanjutkan pelajaran.

Dalam perkembangan berkaitan, Sahol Hamid menyatakan UiTM dalam usaha menambah pelajarnya bagi merealisasikan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar pelajar UiTM mencecah 200,000 orang menjelang 2015.

Dengan program-program sebegitu, katanya, dapat membantu pihak UiTM menambah jumlah bilangan pelajar pada 2015.

sumber : utusan malaysia

Thursday, December 24, 2009

MUHARRAM - PERISTIWA PENTING

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

KEPERLUAN AKTA HALAL DI MALAYSIA

MALAYSIA melangkah jauh ke depan berbanding negara Islam lain apabila berhasrat mewujudkan satu akta khas berkenaan status halal. Ia khusus untuk semua produk yang dipasarkan kepada umat Islam di dalam dan luar negara.

Peruntukan undang-undang berkenaan akan dimaktubkan dalam Akta Halal yang akan digubal pada tahun depan dan bakal menjadi rujukan utama pemain industri halal negara serta global.

Akta yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama itu, antara lain diharap akan menggiatkan lagi pembangunan industri halal domestik serta membanteras masalah pemalsuan sijil halal yang sejak sekian lama terus berleluasa di pasaran produk makanan, perkhidmatan dan sebagainya.

Kadang-kadang isu halal ini telah menimbulkan kegelisahan dan dilema kepada umat Islam memilih produk atau perkhidmatan yang betul-betul suci serta memenuhi kehendak syariah.

Akta berkenaan itu juga nanti diharap bakal menentukan bentuk tindakan dan langkah yang akan diambil terhadap aktiviti penggunaan "sijil halal" yang palsu dan kecuaian pihak tertentu dalam mematuhi peraturan halal. Ini termasuklah peniruan sijil dan ada juga pihak yang memperolehi sijil halal, tetapi tidak mematuhi sepenuhnya keperluan syariah.

Oleh itu, ia memerlukan satu bentuk penguatkuasaan yang sistematik dan berkesan bagi menangani masalah serius ini.

Maka Akta Halal yang akan digubal itu juga diharap dapat memastikan semua produk makanan dan proses penyediaan serta penyeliaan status halalnya dibuat mengikut syariat Islam.

Ketika ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri serta Jabatan Peguam Negara sedang menggubal akta itu yang dijangka siap tidak lama lagi.

Akta itu juga dilihat akan melicinkan penguatkuasaan status halal oleh Jakim terhadap premis-premis perniagaan di seluruh negara.

Ketika ini terdapat beberapa peruntukan undang-undang berkaitan dengan Prosedur Pensijilan Halal seperti Akta Perihal Dagangan 1972; Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan "Halal") 1975; Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makanan) 1975; Akta Makanan 1983 (Akta 281) dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan "Halal") 1975 misalnya memberikan takrif berhubung dengan perbahasaan "Halal", "Ditanggung Halal", "Makanan Islam" atau mana-mana perbahasaan yang membawa maksud sedemikian sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

Sementara Seksyen 2 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 pula menerangkan maksud "hukum syarak" ialah Undang-Undang Islam dan Mazhab Shafi'e atau undang-undang dalam Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi yang telah dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong untuk dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh raja-raja di negeri masing-masing untuk dikuatkuasakan sewajarnya.

Seksyen 3 Perintah Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975 menjelaskan "Halal", "Ditanggung Halal", "Makanan Islam" bererti semua makanan tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang dilarang oleh hukum syarak untuk memakannya atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; atau tidak mengandungi sesuatu yang difikirkan sebagai najis mengikut hukum syarak; dan tidak diselia, diproses atau dikilang dengan menggunakan alat yang tidak bebas dari najis mengikut hukum syarak.

Sehubungan itu, sekiranya pihak-pihak terbabit ingkar dan melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan penalti.

Misalnya, menurut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 42, Bahagian V (Kesalahan Jenayah), jika mana-mana pihak disabitkan di mahkamah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Atas landasan ini, berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan Akta Halal yang akan diwujudkan kelak, diharap melahirkan satu mekanisme perundangan yang komprehensif dan mampu memberi impak positif kepada industri halal negara serta dunia.

Inovasi ini akan menjamin hak umat Islam untuk menikmati produk halal lagi berkat agar tidak lagi dibayangi perasaan bimbang dan was-was sepanjang masa.

Tambahan pula, akta berkenaan itu juga dilihat mampu meningkatkan lagi integriti dan imej Malaysia sebagai peneraju dan pemain utama pasaran industri produk halal dunia kelak.

sumber : utusan malaysia