Friday, July 24, 2009

DITIMPA BALA AKIBAT 15 JENIS MAKSIAT

Daripada Saidina Ali b. Abi Talib Karamallahuwajhah, Rasulullah S.A.W bersabda:

Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya sedangkan,
6. Anak berbaik-baik dengan kawannya
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara ditinggikan di dalam masjid
9. Orang yang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13. Artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)

"Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain".

RENUNG2KN & SLMT BERAMAL

No comments: